Monday, 1 April 2019

Mengenali Pokok Tongkat ALI


  • Pokok Herba Tongkat Ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi, penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit merupakan sejenis tanaman yang terdapat di hutan Malaysia, Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand, Vietnam dan juga Laos. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada keluarga Simaraubaceae. Antara khasiat Pokok Herba Tongkat Ali ini ialah :

  • Pokok Herba Tongkat Ali ini terkenal kerana ianya mempunyai kesan afrodisiak atau lebih difahami penggalak seks. Tongkat ali ini digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan kita termasuk rasa pening kepala, kurap, bengkak, antitumor, anti radang dan juga anti oksida.

  • Kebiasaanya bahagian yang sering digunakan adalah bahagian akar pokok tongkat ali. Hanya pada akar pokok tongkat ali sahaja yang dapat kita gunakan kerana khasiatnya terletak pada akar. Akar yang dicabut akan dipotongkan secara nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum ianya digunakan. Apabila akar yang dijemur itu menjadi kering, ianya akan direbuskan terlebih dahulu dan air rebusan itu lah yang perlu diminum setiap hari. Kekerapan dalam sehari adalah hanya dua kali sahaja kita perlu minum air rebusan tersebut. Pada waktu pagi sekali dan seterusnya pada waktu malam.




No comments:

Post a Comment